dashboard | follow | up

Sering Dikaitkan Dengan Masa Silam. Dihukum Oleh Masa Silam?

Percaya atau tidak bahawa setiap yang silam itu berlaku tidak pernah sedetikpun berlalu untuk sia-sia? Semua orang ada kisah silam yang tersendiri, tetapi walau terang atau kelam masa silam, percayalah semua orang masih ada masa depan. Penentunya ialah hari ini.

Semua orang pernah buat silap. Adakah keji bagi mereka yang buat silap? Baca sini. Ya, dia ada kisah silam. Dia pernah buat silap. Tapi jika hari ini dia buat silap, jangan terlalu cepat menghukum. "Dia memang macam tu, dari dahulu memang perangai dia macam tu. Habit orang kata." Tak! Dia mungkin tak sengaja. Berubah; tak sesenang kita nak bercakap. Jadi hargai bila orang nak berubah ke arah kebaikan. Sekurang-kurangnya dia berusaha, dia ada daya untuk cuba.

Lagi menyedihkan bila sekecil-kecil kesalahan dia hari ini diperbesar-besar dengan kesalahan dia di masa silam. Sayang, dia juga manusia biasa. Kita dah nampak Tuhan duga dia macam tu, tapi kita tak tahu lagi dugaan Tuhan untuk kita pada esok hari. Setiap orang berhak dapat peluang.

P/s: Cuba untuk sentiasa positif. Saya percaya setiap orang mampu berubah.

17 Orang Kacak dan Jelita Tinggal Komen.:

Anisa Hang Tuah said...

saya selalu melakukan kesalahan yang sama

ahsfantasy24 said...

@Anisa Hang Tuah
suatu hari nanti kamu akan berhenti
ulang kesalahan tu ^^

Serikandi Wyna said...

As Salam,

semua orang layak di beri hak peluang dan ruang utk berubah dan betulkan diri sendiri walau sehina mana pun dia di masa silam. :)

LIKE THIS ENTRY <3

ahsfantasy24 said...

@Serikandi Wyna
salam kembali.
thanks wyna ^^

misz_eyza said...

beri peluang insyaAllah manusia akan berubah jugak ke arah kebaikan...

.........cP~ said...

Bila bayangkan pandangan orang sekarang terhadap manusia lainnya, jadi takut. Adakah saya jugak suatu hari nanti akan jadi mangsa masa silam?

steffany daph said...

sometimes, kesalah kecil pun akan sentiasa diingat. tapi lebih baik kalo kita ambil pengajaran dan tak ulangi lagi kesalahan tu kn :D

Hansyirah Takezur said...

btul tu kak ayu..

i've experienced that thing sb tu sy lg suka berada dalam environment bru.. psekitaran di mana org tak knal kita.

ahsfantasy24 said...

@misz_eyza
GOOD, kita doakan yang terbaik buat semua ^^

ahsfantasy24 said...

@steffany daph
betul, yang terbaik adalah dengan
tidak mengulanginya (:

@.........cP~
Manusia memandang, Allah juga memandang,
Pandangan Allah takkan menghampakan
bila hati kita betul2 ihklas hidup keranaNya..

SyamimiNazifa said...

Jika kita dah buat salah , sentiasa ada ruang untuk berubah kan ;)

LIKE .

Mesin Taipku said...

sentiasa cuba untuk tidak mengulangi kesilapan lalu.....hu hu hu

ahsfantasy24 said...

@Mesin Taipku
good boy ;)

@SyamimiNazifa
Ya, sayang. (:

@Hansyirah Takezur
sebab tu umat islam digalakkan
berhijrah tempat^^

Nong Andy said...

:)

terbaik..

nak tambah.. tangan gatal nak tambah..

tapi....?

semua dah kamu bentang..

:)

ahsfantasy24 said...

@Nong Andy
erk..
tak best la akak tak tambah Y.Y

EmpayarUtama said...

Bergantung kepada keadaan dan peringkat umur. Tapi pulis memang kaji dari kecik kalau seseorang tu disyakki ada buat salah. Semua pihak kena mainkan peranan...

ahsfantasy24 said...

@EmpayarUtama
Tu kes jenanyah ke? hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...