Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Ubat/Petua Sakit Gigi

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Jun 10 32 Buah Fikiran Pengunjung
ubat sakit gigi, petua sakit gigi, penawar sakit gigi, ubat
Ni cerita tentang ubat sakit gigi, bukan ubat gigi, Colgate dan Kodomo Lion bagai. Dua tiga hari menderita sakit gigi. Tidur dalam kesakitan, bangun juga dikejutkan oleh kesakitan, tenat lagi penat menakung air mata. Aktiviti harian terganggu, perancangan bersama teman jua terbantut. Macam-macam cadangan rawatan dah cuba:-
  1. Kumur dengan air sejuk dalam peti;
  2. Kumur dengan air garam;
  3. Letak bunga cengkih;
  4. Letak ubat gigi pada gigi yang sakit;
  5. Gosok gigi banyak kali;
  6. Makan ubat tahan sakit 4 jam sebiji;
Aduh, memang ulat degil betul la kat gigi ni, tak boleh pakai semua tu. Sakit gigi ni sampai tahap mengakibatkan sakit telinga dan sakit kepala. Dah namapun perempuan, nangis la kerjanya. Tapi ada satu cara yang buat gigi saya yang sakit sedikit lega. Guna getah pokok yang bercabang-cabang tanpa daun macam dalam gambar tu. Serius, saya tak tahu nama panggilan ataupun santifik pokok tersebut. Kalau ada sesiapa yang tahu, jom kongsikan.

P/s: Ada cadangan atau petua lain untuk mengubati sakit gigi?

32 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger