Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Sate Belalang dan Sate Biji Getah di Kajang

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, November 30 27 Buah Fikiran Pengunjung
Sate belalang dan sate biji getah, pernah dengar tak? Bagi mereka yang sudah biasa dengar, memang biasalah bagi mereka. Bagi yang belum pernah dengar, jangan pula tak percaya. Kalau tak percaya, silalah berkunjung ke Karnival 1001 Rasa Sate Kajang dan lihat serta rasa sendiri kewujudannya.

Sebelum saya terlupa, ingin saya maklumkan bahawa gambar diatas adalah hiasan semata-mata yang saya temui di kedai En. Google. Saya cuma nak bayangkan belalang yang dibuat sate, jadi mana-mana blogger yang dapat peluang ke sana, jangan lupa kongsi cerita, saya menunggu...

Karnival yang diadakan di stadium Kajang tu menghimpunkan 123 jenis sate, termasuklah sate biji nangka, sate biji getah dan sate belalang yang saya nyatakan tadi hasil kerjasama 10 pengusaha utama. Punya kelapangan dan kesempatan silalah berkunjung pada 4 dan 5 Disember ini.

P/s : Waktu di zaman kanak-kanak ribena dulu suka tangkap belalang, buat umpan pancing ikan puyu! hehe..



Gula, Manis, Diabetes & Kelantan; Sinonimnya?

Posted by Ahsfantasy Ryu 35 Buah Fikiran Pengunjung
Cerita sahaja tentang gula, masakan manis dan makanan manis, cepat sahaja mata-mata akan memandang orang Kelantan. Ya, saya akui orang Kelantan memang sinonim dengan kemanisan ni. Kalau masak apapun, mesti nak taruk gula, memang dah jadi habit. Saya sendiri pun kalau order roti canai, confirm saya minta ditambahkan gula dalam kuah kacang atau kuah kari tu.

Hati-hati ya, sekarang pun Datuk Jalaluddin Hassan dah warning kita awal-awal melalui iklan di televisyen selari dengan kebimbangan terhadap bilangan pesakit diabetes yang telah melebihi 2 juta di Malaysia. Turut membimbangkan juga apabila penyakit ini mula menular golongan berusia muda iaitu 18-30 tahun.

Kalau nasihat tentang gula dan diabetes ni, memang perlu untuk semua terutamanya saya sendiri. Tapi bila disebut tentang diabetis, janganlah pula memandang sinis kepada orang Kelantan kerana statistik penghidap penyakit diabetes ini menunjukkan Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang memonopoli ranking tertinggi di Malaysia.

P/s: Walaupun Kelantan sinonim dengan gula, tapi Kelantan bukanlah jawapan yang tepat bagi sinonim diabetes.


TV Percuma Islam: TV Al Hijrah

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, November 29 20 Buah Fikiran Pengunjung
Kalau dulu, yang ada cuma TV 1, TV 2 dan TV 3. Menyelusuri era ini muncul pula TV swasta selain TV 3 iaitu NTV 7, TV8, dan TV 9. Kalau siaran dalam ASTRO tu, memang jenuh nak hitung. Tapi bagi saya yang tak menggunakan perkhidmatan ASTRO ni, tengok yang mana ada, sudahlah. Jangan gedik-gedik nak mintak mak pasang ASTRO, nanti mak marah! Hee~

Sekarang kita diberitakan muncul pula TV Al Hijrah yang membawa konsep keislaman. Percuma yang dimaksudkan tu bukan TV ya, tapi siaran TV. Buat masa ni, stesen TV Al Hijrah sedang membuat siaran percubaan sementara menantikan tarikh pelancarannya pada 7 Disember 2010 bersamaan dengan 1 Muharram 1432H. Semoga bermulanya pelancaran, siaran ini terus berkembang dan maju dan menjadi tatapan seluruh rakyat Malaysia.

Bagi sesiapa yang sedang berada di Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sarawak dan sabah, bolehlah menikmati siaran terbaru ini walaupun masih dalam status pratonton. Selamat menonton!

P/s : Sokonglah siaran orang kita! ^^,

Celcom Broadband vs Maxis Broadband

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, November 28 30 Buah Fikiran Pengunjung
Ini alkisahnya bila termakan pujukan abang handsome kat Expo tempoh hari. Saat kaki ni gedik nak singgah booth Maxis Broadband. Sebelum ni saya dah guna Celcom Broadband sejak hampir 2 tahun yang lalu, tapi hati yang mudah tergoda ni tewas dengan harga rebate yang ditawarkan oleh maxis, RM38 untuk tempoh 5 bulan yang pertama.

Masa tu jugalah beg duit gedik nak ada duit RM 120, biasanya ada 4-5 ringgit sahaja, haha... Memikirkan tentang Broadband Celcom yang tidak mendapat liputan 3G di rumah yang terlalu menyiksa saya sewaktu blogwalking, saya terus register Maxis Broadband tersebut dengan bayaran pendafratan RM100. Muka ceria semacam, bajet lajulah konon-kononnya, bahagia rasa bila fikirkan tak perlu tunggu masa yang lama untuk 'loading' blog kesayangan.

Bila dah balik rumah, try. Dengan senyuman penuh angan-angan yang tak lekang di bibir ni, saya install. Bila dah run tu tengok line GPRS yang naik cuma 3 bar, saya dah mula cuak... Bila start surf.. Sah!!!!!!!!!!!!!!!!!! Lebih lembab daripada Celcom Broadband!!!!!!!!!!!!!!!!!

So, kepada sesiapa yang baru nak memiliki broadband atau nak menukar rangkaian broadband, sila siasat dahulu liputan rangkaian tersebut di kawasan anda. Jangan mudah tergoda dengan promoter yang segak dan menawan itu ya!

P/s: Fikir dahulu sebelum buang. Adios!

Tambah Bloglist Baru, Jom Tinggalkan Link Kamu di Sini!

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, November 27 31 Buah Fikiran Pengunjung
Tension juga kalau asyik mengharapkan status update kat reading list on dashboard ni. Terkadang terlepas pandang entry baru rakan blogger lain! Hmm kekerapan update blog seseorang tu pun tak sama kan? So kesian la kat orang yang tak selalu update blog, hilang dalam timbunan entry blogger yang aktif. Yang pastinya, saya sayang semuanya!

Kalau ada sesiapa yang nak masuk dalam list tersebut, masukkan link saya dalam bloglist kamu, dan sila tinggalkan link kat ruangan komen ya, baru la senang nak jenguk-jenguk dan komen entry terbaru kamu!... Love you all!!

Oh Si Mulut Longkang

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, November 26 17 Buah Fikiran Pengunjung
Kalau kamu gaduh dengan seseorang, atau dalam kata sopannya ada 'perselisihan faham' kemudian orang tu menjaja cerita tersebut dengan menunding jari ke arah kamu, menyatakan bahawa dia tidak bersalah, meletakkan 100% kesalahan di bahu kamu, mengutuk mengata kamu bagai segalanya salah kamu..

Selama ni orang lain yang tanggung perangai dia tu dan sekarang terkena pula atas batang hidung kamu, dihebohkannya cerita kepada rakyat satu taman untuk mendapat sokongan dan simpati tanpa memikirkan sedetikpun tentang kamu, apa yang kamu akan rasa?

Orang tu mungkin terlupa bahawa kamu telah banyak bertolak ansur, cuba memahami kelemahan dia, sentiasa membantunya dalam segala hal yang termampu sehinggakan dalam dewan peperiksaan final pun jawapan kamu adalah milik dia!

Kamu tak pernah berkira-kira dalam tiap apa yang dihulurkan namun dia sering mengungkit tentang apa yang kamu terima dan dia seolah-olah berbangga tentang apa yang dihulurkan kepada kamu walhal dia sepatutnya malu untuk mengungkit sekiranya dihitung kira dengan apa yang diterimanya!

P/s : Kalau terjadi pada saya, saya akan cakap; "Hey mulut longkang, jaga mulut kamu!"

Membiarkan Aku Merindui Kamu

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, November 25 25 Buah Fikiran Pengunjung
Sayang, antara segalanya aku hanya dibayangi segala tentang kamu. Tentang ulas senyuman yang selalu kamu hadiahkan untukku, tentang lirikan matamu yang sering menikam pandanganku, tentang bibit katamu yang menyamankan kalbuku... sejujurnya yang sering memeluk aku adalah kehangatan cinta kamu...

Sayang, aku lagi rindu saat dikucup ingatan daripadamu. Biarlah sekelumit khabar yang menjamah sepanjang-panjang waktu aku merinduimu, namun itulah getar yang sering aku damba; saat kamu tak pernah jemu membiarkan aku merinduimu...

P/s : Apa itu rindu?

Fenomena Cikgu Shida / Teacher Shida?

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, November 24 34 Buah Fikiran Pengunjung
Arena pendidikan tak sunyi daripada pelbagai isu yang mengejutkan dunia, yang membuatkan kita menggeleng kepala, yang membuatkan kita beristighfar tanpa kita sedar. Kes terakhir yang melonjakkan nama sektor pendidikan adalah kes seorang murid yang menumbuk guru disiplin di Sarawak yang mencuri perhatian media termasuklah TV3.

Kini dikejutkan pula dengan Fenomena Cikgu Shida. Penyokong cikgu tersebut melebihi angka 10,000 di laman Facebook. Apa tanda semua tu? Penyokong cikgu shida menyokong pembikinan video miming tersebut dengan memberikan alasan, guru seharusnya menjadi pencetus kreativiti murid. Soal saya, adakah video tersebut membantu proses pengajaran dan pembelajaran beliau? Video tersebut disajikan untuk tontonan siapa?

Artis Pujaan
Ramai yang terhibur, artis bagai. Status views kat Youtube boleh mengalahkan Siti Nurhaliza kot kalau diselaraskan masa mula-mula video dimuatnaik. Tak cukup dengan laman Youtube, tersebar pula di Facebook. Kat sinilah muncul pelbagai suara. Sejujurnya, kita tak suka title 'cikgu' itu dicemuh. Kalau Cik Shida dah sememangnya artis atau menjawat jawatan lain selain guru, rasanya situasi yang kita tempuh pada hari ini adalah berbeza.

Kenapa Cikgu Shida kini banyak dihentam?
Seawal kemunculannya dulu Cikgu shida dihentam kerana membawa imej wanita bertudung. Menerusi video terbarunya; Kalau berpacaran Cikgu Shida dah tak bertudung, jadi penghentam Cikgu shida yang menggunakan alasan tersebut mungkin dah bisu.

Cikgu Shida adalah seorang guru
Melalui sudut pandangan saya; saya kira cikgu tersebut dihentam hebat kerana beliau membawa imej seorang guru dan perbuatannya itu dilihat seolah-oleh mencemarkan imej dunia pendidikan. Seorang guru seharusnya menjaga kesopanan dan memberikan teladan yang terbaik buat anak didik, bukan mencabar murid dengan sesuatu yang saya kira kebanyakannya tidak bermanfaat (maafkan saya).

P/s: Semoga segalanya terurai dengan solusi yang terbaik dan keadaan tenang seperti kebiasaan.

Hobi Menarik: Lontar Najis

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, November 23 16 Buah Fikiran Pengunjung
Hobi lontar najis. Pernah dengar tak? Ni bukan kes lontar najis lembu nak buat baja tanaman, tapi ni kes lontar najis diri sendiri yang kita pun tak tahu apa motifnya. Ni bukan kes di luar Negara, tapi di negara tercinta; Malaysia. Bukan berlaku di ceruk-ceruk kampung atau pedalaman, tapi di Kuala Lumpur. Haish! Macam-macam hal pelik di dunia Malaysia ni.

Kecoh berlaku di Pandan indah ada remaja suka membuang najisnya yang dibungkus dalam plastik ke rumah-rumah jirannya. Ni bukan sekali-sekala, tapi 2 kali sehari. Kesian jiran tersebut kerana terpaksa membersihkan lantai dan dinding yang terlekat najis remaja tersebut. (nasib baik tak jadi jiran saya!)

Masalah mental? Menurut jirannya, remaja tersebut mengamalkan ilmu aneh yang bertentangan dengan Islam dan melontar najis tersebut adalah syarat ilmu yang diamalkannya. Alahai cerdik-cerdik remaja zaman sekarang, kalau mumayyiz nak buat macam tu saya tak kisah, ni 'lu pikir la sendiri!'.

P/s : Dah keluar Harian Metro pun artikel ni, harap-harap pihak yang berwajib ambil tindakan segera, kesian kat jiran tetangga remaja yang mengong tu, huk3!

Followers, Mohon Maafkan Saya Ya?

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, November 21 2 Buah Fikiran Pengunjung
Kalau kamu follow orang then orang tu buat tak tahu, tak jenguk kamu balik, tak folow kamu balik even kamu kawan dia di alam nyata, kamu tak terasa hati? Lainlah kalau blog yang kamu follow tu blog artis atau orang-orang popular yang punyai ribuan atau jutaan follower sampai dia tak berkesempatan nak jenguk kamu balik sebab kekangan ruang waktu. Tak pun kalau blog kamu sendiri tu adalah blog porno yang menyimpang, of course la blog kamu tu orang tak nak follow atau jenguk. Huh!

Ataupun kalau kamu menjerit sampai terkeluar anak tekak kat shoutmix @ cbox orang tu then orang tu buat tak tahu, menyombong dengan kamu, tak reti-reti nak beramah mesra macam la dia tu hebat sangat, kamu tak rasa geram? menyampah? Err tapi pastikan kamu tinggalkan link di shoutmix atau cbox blog berkenaan dan jeritan kamu tu tak menyentuh mana-mana sensitiviti ya, hehe..
Hadui agak panjang intro, tapi tujuan post ni yang sebenar adalah; saya ingin memohon maaf kepada pengikut atau pengunjung blog ni kalau saya mengambil masa yang lama untuk membuat kunjungan balas atau kurang aktif untuk meninggalkan komen. Seperti penuntut institusi yang lain, saya kini sedang bercuti di kampung sehingga 3 Januari 2011. Bilik tempat saya bertapa sekarang tidak dapat menerima liputan Celcom 3G dan keadaan ini menyukarkan saya untuk bergiat aktif, apatah lagi ke laman yang mengambil masa loading yang lama. Mohon maaf sekali lagi..

P/s : Saya sayang kamu semua! ^^,

Meninggal Pergi

Posted by Ahsfantasy Ryu 4 Buah Fikiran Pengunjung
Terkadang kita terlalu mudah untuk menyerah dan menyalahkan keadaan atas pemergian kita dari hidup seseorang sedangkan kita yang tidak cukup tega untuk bertahan.

Jangan meninggal pergi selagi tidak kamu pasti benarnya akan sesuatu, kerna mungkin kamu akan tinggalkan kebencian di tapak semaian kasih... bukankan itu tidak adil?

YDP, Ku Harapkan Kamu Cepat Sembuh... (2)

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, November 19 21 Buah Fikiran Pengunjung
Seyuman ini makin menyesakkan, perit. Semahunya aku mahu kamu cepat sembuh, sihat seperti selalu, dan kita bersama berjuang seperti di arena terdahulu. Tapi apakan dayaku, teman. Cerita yang Dia ilhamkan tak seperti yang kita dambakan, namun aku pasti Dia menyediakan sesuatu yang terbaik di sebalik semua ini.. Aku tidak pantas untuk memujuk air mata ini. Fiq, bangunlah!

Hebatnya ujian Dia. Ketika kamu ditahan di wad Hospital Kuala Lipis pertengahan September lalu, aku masih tenang, menganggapkan segalanya hanya demam yang memanjakan kamu. Hujung September menduga kamu yang mereka yang menyayangimu, kamu dimasukkan ke Hospital Temerloh, paru-paru kamu dijangkiti kuman, hati ini dilanda gusar.

ICU silih berganti, virus meyerang otak, kemudian kamu dipindahkan ke HKL. Derai air mata kian hebat.. dan kini aku diberitakan bahawa otak kamu telah rosak. Kenytaan itu membuatkan langkah ini longlai. Menurut doktor, biarpun umurmu panjang namun kamu takkan sembuh seperti dahulu. Hati ini tak setabah yang mereka sangka, duhai teman. Hingga kini aku takkan berputus harap, biar apapun yang dikatakan doktor, aku masih menunggu keajaiban. Allahuakbar...!

P/s: Sentiasa berdoa dari jauh demi kesihatan dan kesejahteraanmu teman.

Salam Iduladha

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, November 18 20 Buah Fikiran Pengunjung
Meski agak terlewat daripada yang lain, saya tetap nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Iduladha buat semua tetamu yang terlintas di ruang ini sama ada sengaja ataupun tidak. Semoga tiap amalan yang kita kerjakan itu mendapat tempat di sudut pandangan-Nya. Buat mereka yang menyempurnakan Ibadat di Tanah Suci sana, diharapkan selamat sampai di tanah air...

P/s: Teringat sewaktu mak dan abah menunaikan ibadat haji lebih sedekad yang lalu.

Saya Belajar untuk Melupakan

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, November 14 12 Buah Fikiran Pengunjung
Saya perlu belajar untuk mengerti bahawa hidup ini terlalu singkat untuk dipenuhi dengan keluhan penyesalan. Betapa saya merugikan sesuatu yang berharga untuk menyesali apa yang saya anggap 'berharga' kiranya saya mengagungkan penyesalan di masa lalu. Hidup penuh penghargaan bagi mereka yang tahu menghargai.

Hari ini adalah anugerah, hargailah.

Saya juga harus belajar untuk cuba melupakan. Betapa saya telah mensia-siakan saat yang ada untuk mengingati sesuatu yang seharusnya mati; mati dalam jiwa. Bahkan lagi merugikan untuk mengingati sesuatu yang sekelumitpun tak pernah menguntungkan untuk hari ini mahupun masa depan.

Sedetik dua mengingatkan, saya seharysnya senym kerna saya masih mampu betahan namun jangan sampai ingatan itu mengganggu gugat keharmonian mentari di hari ini. Kita punya hati, yakinlah pada kekuatannya. Hati memiliki kemampuan untuk mengubati dirinya sendiri apabila kita menyuburkan ikhlas di tamannya. Cubalah.

P/s: Hidup di dunia hanya sekali.

Toyol dalam Dewan Peperiksaan!

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, November 13 6 Buah Fikiran Pengunjung
Meniru? Huk3! Macam mana ya cara terbaik untuk meniru? Hanya ini yang saya tahu, dan hanya kaedah yang pertama tu yang pernah (selalu) saya buat kalau saya atau kawan saya dah buntu sangat. Hahaha... (gelak jahat!)

Teknik tradisionalnya, tiru sahaja rakan sebelah. Kalau tak tiru pun, buat perbincangan haram kecil-kecilan. Tanya dia sampai berbuih mulut tu ya, sampai penyarah naik juling perhatikan kamu. tambah-tambah lagi bila menyedari orang sebelah tu adalah calon yang sentiasa mendapat anugerah pencapaian akademik. Okay?

Toyol. Aduhai memang kalau musim peperiksaan, yang si penakut pun boleh jadi berani. Nak dapat markah tinggi punya angan-angan, bela toyol. Orang tengah study malam-malam, ada juga orang yang sibuk buat toyol. Hohoho...

Ada juga yang habis dua-dua lengan dia conteng buat salin nota. Nak selak lengan baju dalam dewan tu takut dedah aurat, pergi tandas ya? bijak-bijak... Tak cukup dengan tu, salin pula nota kat botol air, pencil case, belakang kad matrik, dan macam-macam lagi la... Calon peringkat ijazah la katakan... (:

Hmm, yang kat atas tu semua adalah mukaddimah. Musim ini ada orang kantoi guna handphone lah pula ya. Sama ada dia simpan nota dalam tu ataupun dia mesej tanya pakwe dia yang dah awal-awal buat nota kat luar dewan tu, tak pastilah pula. Tapi nasihat saya, kalau nak guna handphone pun, make sure la yang handphone kamu tu jenis keypad yang tak mengeluarkan bunyi yang boleh didengari oleh orang lain, aduyai...

Tengok muka jahat macam saya ni tengah soksek-soksek sikit, dah nak juling mata tu menjeling. Kalau yang muka baik tu siap aplikasi teknologi lagi untuk meniru tu, tak nampak pula kan? Tak mengapa, muka yang baik boleh dijadikan aset hipokrit mayapada... :P

P/s : Semasa peperiksaan dijalankan, meniru atau memberi tiru itu adalah dilarang! ^^,

Boyfriend Awak Ada Girlfriend (1)

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, November 9 40 Buah Fikiran Pengunjung
Apa yang awak akan lakukan..

Awak tak pernah nak buat spotcheck handphone boyfriend awak, kononnya kamu berdua telus dan jujur dalam perhubungan, saling mempercayai, takkan mengkhianati... Setelah bertahun awak couple, kali pertama awak buka inbox handphone boyfriend awak, dalam tu ada banyak mesej manja + mesra 'bersayang-rindu' dengan seorang perempuan lain yang ternyata bukan awak.

Bila awak tanya siapa perempuan tu, dengan muka cuak, dia jawab 'kawan'. Awak tanya perempuan tu belajar kat mana; lepas tu dia jawab yang perempuan belajar satu kampus tempat awak belajar.

hmm.. macam mana keadaan hati awak sekarang? :)

Kemudian awak pun berlagak jadi hakim, judge yang 'dia curang'. Ya, dia telah mempermainkan hati dan perasaan awak! Bila awak suruh dia pergi kepada perempuan tu then tinggalkan awak, dia cakap dia tak nak! Dia cakap dia takkan tinggalkan awak... dia cakap dia sayangkan awak.... dia cakap dia hanya rapat dengan perempuan tu sebab aktif berpersatuan dengan perempuan tu... (alasan!)

...dan dia cakap perempuan tu banyak mintak tolong dia, banyak mintak pendapat dia dalam menguruskan organisasi, so dia rapat la dengan perempuan tu. (ah, alasan!) ...dia cakap lagi yang perempuan tu dah ada boyfriend. Wah, peramahnya (tak elok kalau nak cakap gedik, kesian kat tudung labuh dia) perempuan yang dah ada boyfriend tu melayan boyfriend awak!

Bila hati awak dah cukup-cukup terluka diperlakukan macam tu, rasa dipermainkan, rasa dikhianati, agak-agaknya apa yang awak lakukan?

Kenapa Harus Ada Yang Marah?

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, November 7 6 Buah Fikiran Pengunjung

kenapa harus ada yang marah??

kenapa harus ada yang nak marah-marah??

kalau dia dah mengaku, orang lain tanya, kita jawab sama macam apa yang dia bagitahu kita, patutkah kita dijadikan susuatu yang menyakitkan bagi dia?

kita tak pernah rasa nak keruhkan keadaan. Kalau sama saling nak menjaga hati, sekarang siapa yang mengeruhkan? kenapa nak marah-marah kalau rasa tak bersalah?

kita bukan menyebar fitnah, kita bukan nak mengubah fitrah. apa yang kita katakan tu benda baik, orang nak buat pahala, tuntutan sunnah, kita tak hebahkan, kita tak sorok. bukannya kita mengutuk! kalau yang sampai ke telinga dia tu sesuatu yang boleh diklasifikasikan sebagai 'kutukan", maaf, itu bukan kata yang keluar daripada mulut saya! kalau rasa tak puas hati, buktikan siapa yang sampaikan kutukan tu, apa yang dikutuk. Jangan nak emosional sangatlah babe!

Tiket Derita

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, November 6 32 Buah Fikiran Pengunjung
Binaan daripada sebuah keruntuhan, segalanya mungkin… semalam adalah bahagia yang membuatkan kamu gembira, tersenyum, tertawa.

Dan jika hari ini perjalanan hidup kamu disulami rasa yang tidak kamu senangi; yang membuatkan kamu lemas dalam hujan air mata, maka bersyukurlah. Ia pasti mengajarkan kamu akan sesuatu. Perginya kebahagiaan semalam adalah sejurus hadirnya derita di hari ini, maka yakinlah bahawa derita ini juga pasti akan berlalu pergi!

Untuk melangkah hari-hari mendatang pastinya memberikan kesan yang mendalam. Kamu bangun dengan seribu luka, bukan bererti kamu mengheret segala duka. Bangun dengan segala kekuatan yang ada, bukan omongan kosong yang tak memberikan sebarang makna! Usah melemahkan diri dengan jutaan alasan yang sedikitpun tidak membantu keadaan.

kamu adalah apa yang kamu fikirkan tentang diri kamu, lantas usah lagi berlengah dalam mencipta keyakinan, kamu harus yakin!

P/s : Kecewa itu bukan tiket untuk selamanya kamu berada di atas bangku derita!

Bawa Aku ke Sana

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, November 2 16 Buah Fikiran Pengunjung
Sakit dibaham rindu, segar aroma syahdu. Segalanya hanya menjadi hamparan bebuih harapan saat ombak berhempas kini diulit senja; pantai itu tidak seperti biasanya. Barangkali menahan sesuatu di balik hempas padanya. Senja itu akan berlalu seusai terbenamnya bias menyala namun sayangnya mentari pagi terpaksa menantikan waktu melewati kelamnya malam. Menantikan mentari pagi.

P/s: ...dan aku kini terperangkap dalam kegelapan malam. Ayuh fajar, bawa aku ke sana.